KONTRAK sosial sebagai rujukan longgar kepada Persetujuan Etnik menjelang kemerdekaan negara pada 1957 sebenarnya adalah amanah. Sebagai amanah, ia bukan sahaja kepercayaan yang diletakkan pada sesuatu pihak, juga hendaklah dilangsaikan seperti dipersetujui oleh pihak-pihak berkenaan. Sehubungan ini, Persetujuan Etnik pada 1955 itu yang disepakati antara Melayu, Cina dan India adalah perjanjian antara dua pihak, iaitu Melayu dan bukan Melayu. Ia berkenaan pertukaran persetiaan oleh dua etnisiti ini, iaitu etnik Melayu…










