RASUAH adalah cabaran besar kepada kerajaan dan negara. Usaha untuk mengurangkan korupsi dan rasuah secara ketara adalah salah satu sasaran penting dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke-16 yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sasaran itu adalah menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif demi pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat. Matlamat tersebut perlu untuk kita capai menjelang 2030.…










