Pahang wajibkan ulasan teknikal projek perumahan PR1MA

Pahang wajibkan ulasan teknikal projek perumahan PR1MA

MOHAMMAD Fakhruddin (depan, tiga dari kiri) melihat model perumahan yang dipamerkan di MAPEX 2026 di ECM Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri mewajibkan setiap agensi teknikal berkaitan mengemukakan ulasan terperinci dan tepat sebelum sesuatu projek perumahan PR1MA dilaksanakan bagi mengelakkan masalah infrastruktur termasuk sistem perparitan tidak sempurna yang boleh mengundang banjir kilat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap keperluan asas dikenal pasti dan disediakan pemaju sebelum kerja pembinaan dimulakan.

Menurutnya, ulasan teknikal berkenaan perlu merangkumi aspek penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas oleh agensi berkaitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak mahu apabila projek sudah dimulakan, baru ada keperluan tambahan seperti pembinaan tangki, penyediaan pencawang elektrik atau kerja-kerja lain yang sepatutnya dikenal pasti lebih awal.

“Kita mahu setiap projek, termasuk pembangunan oleh pihak swasta mendapat ulasan teknikal yang tepat supaya pemaju dapat melaksanakan projek dengan lancar tanpa berdepan syarat tambahan di pertengahan pembinaan,” katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2026 peringkat negeri Pahang di sini, semalam.

Mengulas isu banjir kilat di perumahan PR1MA Sungai Karang, beliau berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM300,000 menerusi Kutipan Caruman Saliran bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan di kawasan berkenaan.

Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melantik kontraktor dan memulakan kerja-kerja awalan dalam masa terdekat sebagai langkah penyelesaian jangka pendek sebelum tindakan lebih menyeluruh dilaksanakan.

Media sebelum ini melaporkan penduduk di kawasan perumahan itu berdepan banjir lumpur sebanyak tiga kali pada Oktober, November dan Disember tahun lalu, meskipun rumah berkenaan baru didiami sejak Julai 2025.

Penduduk mendakwa sistem perparitan tidak mencukupi di kawasan perumahan yang rendah, selain kewujudan kawasan paya dan aktiviti pembersihan tanah di lereng bukit berhampiran dipercayai men­yumbang kepada kejadian banjir berulang.

Dalam perkembangan ber­kaitan, MAPEX 2026 yang dianjurkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pahang menawarkan sebanyak 2,524 unit hartanah de­ngan nilai keseluruhan melebihi RM700 juta kepada pengunjung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini