TIADA angin tiada rebut, tiba-tiba Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr. Haim Hilman Abdullah, meminta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi penjelasan sama ada terdapat arahan dikeluarkan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti universiti, politeknik dan kolej komuniti melarang terlibat dengan sebarang program anjuran kerajaan negeri. Menurutnya, baru-baru ini beliau telah menjemput sebuah IPTA untuk bersama dalam program berkaitan mahasiswa anak Kedah, namun difahamkan oleh insitusi tersebut bahawa mereka tidak dibenarkan oleh kementerian ataupun jabatan yang bertanggungjawab untuk melibatkan diri. Sekiranya ini benar, maka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya