HARI ini berlangsung program penghayatan bahasa kebangsaan dan galakan membaca menggunakan pendekatan didik hibur (edutainment) di Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Aulong, Taiping, Perak. Seramai 20 murid pelbagai kaum dan latar akademik, lima ibu bapa serta kesemua 16 guru sekolah berkenaan mengambil bahagian dalam aktiviti membaca, menyanyi dan berlakon yang dirangka khusus menggunakan pengalaman Kumpulan Sasterawan Kavyan sejak 1999. Program galakan membaca dan penghayatan bahasa kebangsaan oleh Kavyan sudah dikendalikan di…










