PERJALANAN ekonomi negara telah melepasi separuh 2023. Adakah kedudukan ekonomi negara, isi rumah dan perniagaan bertambah baik? Statistik? Atau semakin merundum? Sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri pada April sehingga Hari Raya Aidiladha akhir Jun lalu, keadaan ekonomi menunjukkan situasi tidak menentu. Perbelanjaan isi rumah ke atas kelengkapan perayaan berkurangan. Keadaan ini menyebabkan ramai golongan peniaga mengeluh jualan perlahan. Cerapan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengesahkan kedudukan ekonomi perlahan ketika ini.…










