PADA zaman dahulu, orang Cina dari wilayah China yang berlainan etnik bertutur mengikut loghat yang dipraktikkan di daerah masing-masing. Setiap hari, mereka berkomunikasi dengan penduduk sekampung atau sedaerah menggunakan dialek puak sendiri. Bagi mengatasi masalah komunikasi antara orang Cina dari wilayah berbeza-beza, maka idea satu bahasa perantaraan dinamakan putonghua (dialek/bahasa umum) dicetuskan oleh para cendekiawan pada masa itu. Pada umumnya, putonghua bermaksud bahasa yang dipertuturkan oleh orang umum (common people).…










