APABILA cerpen bertajuk Nayagi menang tempat pertama Hadiah Cerpen Maybank-DBP (1992) dan seterusnya termuat dalam antologi Menara 5 (1993), ia mendapat sambutan amat baik daripada peneliti sastera kebangsaan. Misalnya, arwah Dr. Othman Puteh memuji cerpen itu yang dikatakan membawa nafas baharu dan segar dalam penulisan cerpen bahasa kebangsaan khususnya oleh pengarang bukan Melayu. Saya pada waktu itu masih baharu dalam bidang penulisan dan kurang menyedari keunikan cerpen Nayagi dalam mengubah…










