TANGISAN seorang ibu memecah sepi pekarangan mahkamah pada pagi itu. Tangannya mengusap-usap raut wajah anaknya, seorang pemuda berumur 19 tahun sebelum kehadiran polis mahkamah menamatkan paparan kasih sayang itu. Gari yang disemat kemas pada lengan anak muda itu berdenting serentak dengan langkah kaki yang membawa dia keluar dari mahkamah. Langkah yang salah membunuh segala potensi seorang pemuda. Pemuda 19 tahun itu didapati bersalah atas satu pertuduhan rogol statutori terhadap teman wanitanya yang ketika kejadian berumur bawah 16 tahun. Pasangan itu berpacaran selama lebih setahun dan baru sahaja mencecah usia 17…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya