DATUK Seri Mohamad Hasan semenangnya dikenali sebagai tokoh korporat yang berpengalaman luas dalam bidang ekonomi. Malah beliau disebut-sebut sebagai figura yang mampu membantu memulihkan semula ekonomi negara pasca Covid-19. Dengan latar belakang dan pengalaman di Bank Negara, Malayan Banking Berhad, Arab Malaysian Merchant Bank Berhad dan Bank Bumiputra Malaysia Berhad, selain pendedahan korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad serta Pengarah Urusan Cycle & Carriage Bintang Berhad…










