Sukan ejen perpaduan, bukan pergaduhan

Sukan ejen perpaduan, bukan pergaduhan

MUAFAKAT bukan sahaja antara rakan sepasukan malahan dengan pemain dan jurulatih skuad lawan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUKAN sepatutnya menjadi ejen perpaduan, bukan pemangkin pergaduhan. Tragedi rusuhan ketika perlawanan bola sepak antara dua pasukan di Jawa Timur, Indonesia hingga mengorbankan ratusan nyawa amat menyedihkan.

Anak kehilangan bapa, bapa kehilangan anak akibat insiden yang bermula daripada rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong. Bukan jumlah korban yang ingin diceritakan tetapi apakah pengajaran yang kita boleh ambil daripada tragedi Oktober tersebut.

Kebelakangan ini, ejek-mengejek dalam kalangan penyokong kelab bola sepak sama ada di media sosial mahupun secara fizikal dilihat semakin melampau. Kadang-kadang bukan sahaja penyokong sindir-menyindir malahan pengurusan tertinggi pun dua kali lima.

Tidak salah sindir- menyindir atau disebut troll oleh netizen, namun percayalah jika sikap ini dikekalkan, tidak pelik kalau insiden sedemikian akan terus berulang. Bak kata jurulatih bola sepak saya dahulu, walaupun bola itu bulat sebaiknya kerjasama antara kita sebagai penggiat sukan perlu lebih bulat dan muafakat.

MUAFAKAT

Muafakat ini bukan antara rakan sepasukan malahan dengan pemain dan jurulatih skuad lawan. Sikap hormat menghormati antara satu sama lain wajar dikempenkan dalam semua jenis sukan.

Provokasi dan troll berlebihan di media sosial boleh menerbitkan dendam di sanubari penyokong kelab mahupun pasukan apa sekalipun. Bila dendam tersebut menerbitkan amarah, maka sindir- menyindir bertukar senggol- menyenggol hingga akhirnya pergaduhan menjadi rusuhan.

Nikmatilah sukan sebagai elemen meredakan stres, bukannya pencetus stres yang sukar dibendung hingga menyebabkan rusuhan yang bukan sahaja menyebabkan kehilangan nyawa malahan kita lupa tujuan sukan diadakan iaitu sebagai ejen perpaduan, bukan permusuhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×