KITA masih berada dalam mood sambutan Bulan Kebangsaan dan inilah masa terbaik untuk dibincangkan bagaimana negara ini boleh dibebaskan daripada belenggu penjajahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang menjadi duri dalam daging dan terus menghantui masyarakat. Hakikatnya, walaupun kita tidak lagi dijajah oleh kuasa asing sekali gus tiada keperluan untuk mengangkat senjata di medan peperangan, namun harus diingat rasuah mula menghancurkan kehidupan sosial rakyat dan ekonomi negara. Sedar atau…










