BERKEMAMPUAN dan tidak membebankan menjadi syarat wajib mengerjakan haji seperti ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Idris Ahmad sememangnya betul. Malah syarat wajib rukun Islam kelima itu sudah difahami oleh sebahagian besar umat Islam di negara ini. Kenyataan seperti itu bukan suatu yang luar biasa atau salah. Bagaimanapun, apabila disarankan oleh menteri yang mengawal selia Tabung Haji, maksudnya menjadi lain. Saranan atau nasihat ini dilihat dalam konteks subsidi yang ditanggung oleh Tabung Haji. Walaupun begitu, masyarakat Islam tidak boleh disalahkan sekiranya memahami ini sebagai isyarat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya