SEJAK kebelakangan ini, banyak perbincangan dibuat mengenai pelbagai gejala negatif yang berlaku membabitkan platform media sosial, Telegram. Banyak sekali kes penggodaman akaun sekali gus penipuan berlaku membabitkan kerugian wang yang banyak. Malah pada 8 Ogos lalu, akaun Telegram peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. Pada 16 Mac lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof memaklumkan, penipuan pelaburan melalui aplikasi Telegram kini dikesan semakin meningkat dan dipercayai modus operandi terbaharu digunakan kumpulan atau sindiket penipuan. Ini ekoran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya