Solidariti juga untuk rakyat Ukraine

Solidariti juga untuk rakyat Ukraine

SALURKAN bantuan kemanusiaan dan kepakaran yang mampu bantu Ukraine seperti mana kerajaan buat perkara sama kepada Palestin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERAJAAN kita harus cakna tentang perang di Ukraine lebih dalam, bukan sekadar sekerat jalan dan mengunci mulut, kalau tidak mahu campur tangan secara fizikal, lebih baik salurkan bantuan kemanusiaan dan kepakaran yang kait rapat mampu bantu Ukraine seperti mana kerajaan buat perkara sama kepada Palestin.

Sebagai contoh, setahun lalu, seorang individu warga tempatan terlibat dengan tentera Legion Antarabangsa Ukraine atas dasar membantu dan lindungi rakyat Ukraine tetapi penyertaan dalam pasukan itu dianggap salah dari sisi undang-undang dan masyarakat, segelintir pihak telah salah tafsir. Ia dianggap mencari penyakit sampai dilabelkan pengkhianat sedangkan atas kehendak diri tanpa paksaan.

Yang kedua, pada akhir Februari hingga awal Mac 2022, rakyat Ukraine bersama kelompok penyokong warga tempatan dituduh atas kesalahan tidak masuk akal sedangkan sesetengah organisasi bersolidariti Palestin boleh pula berarak di hadapan kedutaan, tempat awam tanpa sebarang tindakan.

Jadi setiap orang mempunyai pilihan masing-masing apatah lagi untuk terlibat solidariti Ukraine mahupun negara berkonflik lain yang kurang diambil perhatian seperti Uyghur, Selatan Thailand dan Yaman.

Bagaimanapun, pilihan di tangan sendiri, siapa hendak memaksa namun setidak-tidaknya beri keutamaan kepada Ukraine dengan penuh adil tanpa perkotak-katikkan seperti mana kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kita yang tidak ambil peduli mengenai negara terbabit sejak tiga tahun lalu.

Akhir sekali, saya meminta agar berilah ruang kepada mereka hendak bersolidariti Ukraine dan tidak wajar jika masih berbuat sedemikian kalau orang lain buat perkara sama, takkan untuk Ukraine tidak boleh. – UTUSAN

AKTIVIS UKRAINE,
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN