TANGGAL 28 Julai lalu, sekali lagi menyaksikan sejarah politik negara terlakar. Kesediaan ahli-ahli Parlimen bersetuju sebulat suara dengan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti memberikan gambaran baharu terhadap pemeliharaan amalan demokrasi di negara ini. Ia membuktikan hasil kepercayaan dan keyakinan ahli-ahli politik terhadap kepemimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri masih relevan dan memacu ke arah landasan senario politik negara yang betul dengan mengambil kira aspirasi dan keperluan…










