TAK terkejut saya terima satu klip video pendek memaparkan orang kanan sebuah parti pembangkang sedang melaga-lagakan Perdana Menteri yang dirujuknya Putrajaya dengan kepemimpinan Barisan Nasional. ‘Kambing hitamnya’ yang dijadikan mangsa si polan itu kali ini adalah media-media arus perdana. Tak terkejut saya sebabnya kerana tempoh hari menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) habis dok dijajanya si polan tadi akan isu ‘cincin.’ Digembar-gemburkan lantas timbulkan kebencian rakyat. Setelah diheret ke mahkamah,…









