MUKADIMAH TINJAUAN ke Tasik Chini dan beberapa perkampungan Orang Asli di sekitarnya, baru-baru ini mendapati suasana cukup suram. Tidak kelihatan pokok teratai yang suatu waktu dahulu memenuhi tasik. Cuma hutan mengkuang yang tinggal menyambut kehadiran kami, menjalar-jalar akarnya ke dalam air tasik yang keruh seraya mewujudkan suasana seram dan sepi. Tasik yang dahulunya mahsyur sebagai Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang pertama di Malaysia…









