SESUNGGUHNYA usul Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada kerajaan untuk mengenakan denda maksimum RM50,000 dan hukuman penjara kerana tidak menghormati bahasa Melayu selaku bahasa negara berupa dilema, iaitu pilihan sukar kerana tidak disenangi. Dari satu segi, denda dan pemenjaraan itu boleh dianggap melampau. Ini kerana kesalahan ini disamakan dengan jenayah berat. Dalam pada ini, ia sangat perlu kerana bahasa negara sebenarnya adalah antara unsur terpenting pada kedaulatan Malaysia. Akan tetapi…










