China tidak hantar peralatan ketenteraan kepada Iran - Trump - Utusan Malaysia

China tidak hantar peralatan ketenteraan kepada Iran – Trump

JINPING didawa memberitahu Trump bahawa China tidak akan membantu Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa bahawa rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping memberitahunya Beijing tidak akan membekalkan peralatan ketenteraan kepada Iran.

“Apabila anda kata ‘sokongan’, mereka bukan sedang berperang dengan kita atau apa-apa,” kata Trump ketika ditanya sama ada beliau membincangkan sokongan China terhadap Iran dalam pertemuannya dengan Jinping di Beijing, dalam satu wawancara dengan FOX News.

“Beliau (jinping) berkata, tidak akan memberikan peralatan ketenteraan. Itu satu kenyataan besar,” katanya.

Trump turut berkata bahawa Jinping memberitahunya bahawa China mahu Selat Hormuz kekal terbuka kerana Beijing membeli sejumlah besar minyak dari rantau itu.

Beliau berkata: “Mereka membeli banyak minyak di sana,dan mahu terus berbuat demikian.” 

Pihak berkuasa China tidak segera memberi respons terhadap dakwaan Trump itu.

Satu ringkasan perbincangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar China tidak menyebut tentang Iran.

Kenyataan itu menyebut kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai isu antarabangsa dan serantau utama seperti situasi Asia Barat,, krisis Ukraine dan Semenanjung Korea.

Trump memulakan lawatan ke China pada Rabu dan akan mengakhirinya hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×