Suami maut, isteri cedera kenderaan bertembung treler sawit - Utusan Malaysia

Suami maut, isteri cedera kenderaan bertembung treler sawit

SEORANG lelaki maut, manakala isterinya cedera setelah pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung dengan treler membawa kelapa sawit di Jalan Kulai-Kota Tinggi, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa kelapa sawit di Jalan Kulai-Kota Tinggi, selepas simpang Felda Taib Andak, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Zamri Mohamed, 56, yang memandu Mitsubishi Xpander disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di bahagian pemandu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 53 tahun dari arah Kulai menghala ke Kota Tinggi hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Lori berkenaan merempuh kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki pasangan suami isteri itu. Akibat pelanggaran tersebut, pemandu Mitsubishi Xpander meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Seng Lee berkata, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini bagi tujuan bedah siasat, manakala isterinya serta pemandu lori yang mengalami kecederaan ringan menerima rawatan di hospital sama.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN