KESAKITAN dan kelesuan politik bukan baharu berlaku sekarang. Akhbar di Amerika Syarikat pernah melaporkan kejadian di negara itu pada 1877 apabila ia digambarkan sebagai kemarahan serta rasa sakit hati rakyat dan mereka berasa tidak selamat dengan politik. Mereka rasa putus asa apabila bercakap mengenai keberkesanan tekad dan tindakan politik. Mereka sakit kepala dan jelak dengan politik. Senario itu dilaporkan wartawan Atlanta Constitution bahawa tidak ramai berminat dalam pilihan raya kongres…










