KETIKA diberi peluang membuat liputan Sidang Kemuncak Ulama Islam Sedunia 2022 dekat Putrajaya, baru-baru ini, saya mulanya terpinga-pinga, apakah kaitannya dengan Malaysia? Persoalan cepumas itu akhirnya terungkai bukan kerana ada sejumlah 150 ulama dari lebih 90 negara berhimpun, namun isu sama di Palestin yang mungkin boleh terjadi di negara kita.
Kebetulan kisah gambaran awalnya sudah disiarkan Utusan Malaysia awal tahun ini tetapi diperlekeh banyak pihak dek konon dianggap kolot, asabiah atau terlalu sentimen nasionalis. Malangnya itulah yang sudah berlaku di Palestin sejak ditawan rejim Zionis pada 1948, waima perkara serupa telah pun dapat dilihat contoh ‘bunganya’ di negara jiran kita, Singapura.
Ia mungkin tampak remeh walhal kejayaan penjajah Israel ‘memadam’ sejarah Palestin dalam semua buku teks peringkat sekolah dan universiti negara itu sepatutnya diinsafi di Malaysia. Lebih dahsyat, rejim itu bertindak menukar semua nama tempat yang diduduki secara haram kepada nama Hebrew agar anak muda Palestin terus ‘buta’ kisah asal tanah air mereka.
Cuba tanya belia Palestin mengenai nama Jaffa, bayangkanlah sembilan daripada 10 akan jawab tidak tahu kerana mereka lebih kenal Tel Aviv selaku ibu kota Israel selain Baitulmaqdis. Kota suci purba itupun ramai selesa sebut Jerusalem dan lebih aib dieja silap, Baitulmuqaddis berbanding ejaan tepat dalam bahasa Arab iaitu Baitulmuqaddas atau Baitulmaqdis sendiri.
Di Malaysia, situasinya hampir sama apabila muncul cadangan Profesor Datuk Dr. Ahmad Murad Merican bagi mengembalikan nama asal beberapa bandar yang ditukar oleh pihak kolonial. Ironinya, usaha murni beliau yang sedih melihat sejarah bandar itu dipadam penjajah telah dipandang kononnya amat jelik meskipun disokong kuat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Buktinya, cubalah tanya generasi muda khususnya remaja Melayu mengenai nama Tanjung Penaga dan Bagan, mereka tentunya termangu bingung macam pelik dengar.
Bagaimanapun jika sebut Georgetown atau Butterworth, boleh pula dan Bagan, mereka tentunya termangu bingung macam pelik mendengarnya. Bagaimanapun, jika sebut Georgetown atau Butterworth, boleh pula faham. Lebih sedih, ada tergamak hina nama asalnya dalam bahasa Melayu konon tidak kedengaran internasional. Mereka sebenarnya malu dan berasa rendah diri dengan nama sebenar tempat itu yang bunyi taraf kampung terpencil tetapi bangga dengan nama ala Inggeris, konon gah seantero dunia.
SINGAPORE
Hakikatnya ini telah berlaku di Singapura sejak dinyah dari Malaysia pada
Hakikatnya ini telah berlaku di Singapura sejak dinyah dari Malaysia pada 1965 dengan banyak nama tempat diubah kepada bunyi Barat atau Cina bagi memadam sejarah pulau itu. Inilah kejayaan misi tersirat penjajah yang tanpa disedari berjaya menanam minda dan persepsi penduduk untuk terus memuja segala warisan kolonial dan hilang maruah identiti sendiri.
Hasilnya, tanyalah anak muda di sana yang lebih selesa sebut Singapore berbanding Singapura apatah lagi Temasek sehingga lupa negara itu dibuka Sang Nila Utama, bukan Stamford Raffles. Singapura apatah lagi Temasek sehingga agi Temasek sehingga lupa republik itu dibuka oleh Sang Nila Utama, bukan Stamford Raffles.
Mujurlah ada usaha penukaran nama lokasi di Malaysia meskipun sengaja dijadikan polemik kontroversi oleh pihak tertentu seperti kes Saint Paul Hill yang diubah kepada Bukit Melaka. Padahal inisiatif itu pernah dilakukan sebelum ini antaranya Jesselton di Sabah kepada Kota Kinabalu; Port Swettenham (Pelabuhan Klang), Selangor dan Anson Bay (Teluk Intan), Perak.
Jika ada beranggapan nama tempatan adalah hina, cuba lihat contoh banyak negara seperti Indonesia pun ubah Batavia kepada Jakarta Jika ada beranggapan nama tempatan adalah hina, cuba lihat contoh banyak negara seperti Indonesia pun ubah Batavia kepada Jakarta atau Saigon kepada Ho Chi Minh City di Vietnam.
Pertukaran nama juga bukan masalah besar kepada orang luar seperti yang berlaku di China apabila Canton dinamakan sebagai Guangzhou atau Ranggon di Myanmar kepada Yangon. India lagi dahsyat apabila drastik diubah nama Bombay yang sinonim Bollywood kepada Mumbai, Madras kepada Chennai, Calcutta kepada Kolkata dan Bangalore kepada Bengaluru.
Berbalik kepada Malaysia, pernahkah kita dengar mat salih perlekeh sebut nama Kuala Lumpur berbanding anak muda di sini malu, lebih berbangga sebut Kay El bagi tampak ada kelas?
Sedarlah di mana bumi dipijak, maka di situ langit dijunjung kerana citra jati diri sesebuah bangsa yang bebas merdeka ialah perasaan sifat patriotik dengan nama berunsur tempatan. Sekadar renungan, ulama silam Nusantara dahulu ada berpesan bahawa untuk bunuh sesuatu bangsa, maka racunlah sejarahnya seperti mana untuk bunuh pokok, racunlah akarnya. – UTUSAN










