RAMADAN yang amat dirindui oleh seluruh umat Islam akan sekali lagi menjenguk kita semua. Setelah dua tahun terikat dengan kekangan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, suasana Ramadan tahun ini tentunya lebih ceria apabila pelbagai aktiviti kini kembali dibenarkan. Bermula semalam, negara berada dalam fasa peralihan ke endemik. Membaca catatan-catatan di media sosial, sudah ramai yang menzahirkan perasaan teruja untuk menikmati pelbagai hidangan unik dan istimewa. Sememangnya berkunjung ke bazar Ramadan…










