SELARAS dengan ucapan Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025 di Dewan Negara pada 12 Oktober 2021 agar Unit Kemiskinan ditubuhkan di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah, maka kementerian berkaitan tidak menunggu lama untuk menubuhkan unit baharu itu di peringkat masing-masing. Ia sebagai salah satu gerak kerja kerajaan Keluarga Malaysia dalam menangani isu turun-temurun, iaitu kemiskinan rakyat. Antara kementerian yang paling banyak menghadapi isu kemiskinan rakyat adalah Kementerian…










