AKRONIM ialah perkataan yang diperoleh daripada menggabungkan huruf pertama semua perkataan penting pada sesuatu rangkai kata. Singkatan berupa bentuk ringkas pula setelah digabungkan pelbagai huruf pada sesuatu rangka kata. Dengan ini, IKIM ialah akronim daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia dan UNIMAS singkatan daripada Universiti Malaysia Sarawak. Sehubungan ini, akronim dan singkatan adalah antara cara utama perkataan dibentuk dalam bahasa Melayu. Ini dapat dilihat pada K-KOMM daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan MenKOMM daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu dibentuk. Begitu juga dengan KASA daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya