BANJIR besar melanda beberapa kawasan baru-baru ini merupakan kejadian amat mendukacitakan dan menambah penderitaan orang ramai yang sedia terhimpit akibat penularan wabak Covid-19. Banjir besar di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor mendapat liputan luas kerana kerosakan dan kemusnahan dialami amat besar. Bagi penduduk lama di situ, kejadian 18 Disember lalu mengingatkan mereka pada insiden sama, hampir 26 tahun dahulu. Malah, banjir kali ini lebih teruk dan paras air lebih…










