KEBIMBANGAN sesetengah pihak tentang kemungkinan adanya keadaan politik ‘negara dalam negara’ di Malaysia tidak boleh sesekali dipandang mudah. Ini kerana terdapat sebilangan ciri yang semacam boleh dikaitkan dengan bibit keadaan begini sama ada permulaannya atau yang telah mantap. Ini sudah tentu sama sekali tidak baik untuk pentadbiran negara. Antara cirinya sebagai bibit ‘negara dalam’, istilah lainnya ialah kekuasaan dan kewibawaan sesuatu pihak yang dicuakkan itu bertambah agresif dalam memperjuang ideologinya…










