SEJAK terlancarnya Keluarga Malaysia, banyak yang telah diperihalkan tentang perkembangannya. Tragedi Covid-19 dan banjir di seluruh negara mula membuka mata bahawa semangat kekeluargaan menjadi pokok dalam menyelesaikan kesan-kesan bencana tersebut. Dan ramai pula rasa terpanggil menyumbang apa yang perlu. Walaupun begitu, rasanya tidak ada yang sesuci dan seikhlas yang ditunjukkan oleh lima orang wanita Malaysia kebelakangan ini. Ceritanya dimaklumi umum tetapi tidak ramai yang menggarapnya dalam erti kata Keluarga Malaysia…