ANTARA pengalaman ‘unik’ pernah saya rasai sebagai wartawan ialah sidang akhbar maya Datuk Saifuddin Abdullah sejak menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia hatta kini Menteri Luar. Bayangkan beliau dengan selamba sambil tersenyum mengajukan soalan kepada saya: “Hah, Amree dari Utusan Malaysia, apa soalan panas yang kamu hendak tanya kali ini?” Detik itu bukan sahaja satu penghormatan, malah memberi peluang kepada saya mengaju soalan ‘cepumas’ dan diselitkan pandangan peribadi yang kemudian diterimanya…










