JUTAAN tahniah diucapkan kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyampaikan ucapannya seratus peratus dalam bahasa kebangsaan di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) 2021 di Glasgow, Scotland, baru-baru ini. Saya rasa begitu bangga kerana akhirnya ada pemimpin kita yang memartabatkan bahasa kebangsaan di pentas dunia. Di samping mengemukakan idea dan cadangan daripada negara ini dalam sesuatu isu, secara tidak langsung beliau mempromosi…










