Setiap tahun apabila masuk bulan Rabiulawal, pasti umat Islam akan memperingati peristiwa keputeraan Nabi Muhammad SAW di Mekah. Insan istimewa, kekasih Allah yang membawa rahmat ke sekalian alam. Ia sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sungguh Kami tidak mengutusmu wahai Muhammad, melainkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. (al-Anbiya’: 107) Nabi SAW diutuskan semata-mata untuk membawa risalah ketauhidan. Ia dengan mengeluarkan manusia daripada lembah penghambaan sesama manusia kepada semata-mata menyembah Allah SWT. Jika ditelusuri sejarah pada zaman jahiliah, selain penuh dengan kesyirikan kerana menyembah berhala, manusia hidup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya