TARIKH 10 September 2021 menjadi langkah mula ke arah harapan lebih cerah buat negara kita apabila kawasan paling teruk dilanda Covid-19 (Lembah Klang) dibenarkan melangkah ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Garis sempadan antara Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dipisahkan oleh sekatan jalan raya diberhentikan bermula detik 12.01 tengah malam, hari sama. Maka berpusu-pusulah warga Lembah Klang berhimpun di tempat-tempat menarik bagi ‘melepas gian’ setelah sembilan bulan bermula…










