2021 merupakan tahun ke-58 penubuhan Persekutuan Malaysia. Gagasan penggabungan wilayah Nusantara tertentu iaitu Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara, iaitu nama lama untuk Sabah disuarakan seawal 1887 oleh British untuk membentuk tanah jajahan yang besar. Ia disuarakan semula oleh mereka pada 1942 dan 1955. Namun, ia tidak mendapat sebarang sambutan. Ia hanya diterima pada 1961 untuk direalisasikan apabila disuarakan oleh Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa faktor diutarakan sebagai pewajaran…










