Wan Saiful pangku tugas Menteri Pengajian Tinggi? - Utusan Malaysia

Wan Saiful pangku tugas Menteri Pengajian Tinggi?

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERLETAKAN mana-mana menteri dari UMNO merupakan tamparan hebat kepada kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, kita harus akur dengan keputusan tersebut yang dilihat mereka lebih memilih parti daripada berjuang bersama untuk memerangi pandemik ini.

Kerajaan Muhyiddin harus teruskan juga perjalanan ini kerana wabak yang menimpa semakin hari semakin meningkat. Pengalaman Muhyiddin mengendalikan Covid-19 kita semua tidak boleh nafikan.

Dengan perletakan dua orang menteri UMNO ini, kekosongan tersebut haruslah diisikan dengan segera agar perjalanan kerajaan dapat dijalankan dengan lancar. Jika Muhyiddin masih tercari-cari siapakah yang harus digantikan, jawapannya senang sahaja. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terdapat sebuah agensi yang bajetnya sama besar dengan KPT iaitu RM13 bilion, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kejayaan PTPTN mencatatkan keuntungan tiga tahun berturut-turut lebih tinggi dari tahun sebelumnya di mana ini merupakan kejayaan dan hasil yang boleh dibanggakan. Pengurusan yang tepat bakal memberikan impak yang besar kepada kerajaan Muhyiddin.

Agensi PTPTN pengurusannya sudah hampir sama dengan kementerian di mana PTPTN sudah mempunyai hubungan dengan semua universiti awam dan swasta di mana kerjasama rapat di antara peringkat naib canselor dan pengurusan. Di peringkat pertengahan pula, PTPTN telah sedia ada mempunyai hubungan bersama pensyarah-pensyarah serta mahasiswa di semua institusi pengajian tinggi (IPT).

Orang yang tepat memangku jawatan Menteri Pengajian Tinggi ialah Datuk Wan Saiful Wan Jan kerana setakat ini hanya beliau memahami situasi dan cabaran IPT di era Covid-19 di mana PTPTN memberikan moratorium kepada semua peminjam mereka. Dengan pelantikan beliau, secara tidak langsung kementerian boleh bergerak seperti sediakala dan tidak perlu untuk menimba pengalaman dari awal kerana beliau dahulunya pernah memangku jawatan penasihat kepada Menteri Pendidikan.

Dari sudut perkembangan pendidikan pula, beliau mampu melaksanakan perubahan yang mendadak kerana beliau mempunyai idea yang ke hadapan.

WARTAWAN PENCEN, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya