TIDAK sampai dua bulan iaitu 45 hari mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar sebagai pemimpin nombor satu kerajaan selepas satu lagi siri konflik politik. Pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan sudah tentu mengundang pelbagai persepsi, ramalan dan andaian politik ketika negara sedang bertarung melawan ancaman Covid-19. Ini kerana tersungkurnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) disebabkan tekanan datang daripada UMNO di mana…









