Bahaya elektrik ketika banjir - Utusan Malaysia

Bahaya elektrik ketika banjir

ORANG RAMAI diminta berhati-hati menggunakan peralatan elektrik ketika banjir. - GAMBAR HIASAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SURUHANJAYA Tenaga (ST) menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap bahaya elektrik ketika banjir dan mengambil langkah-langkah persediaan bagi mencegah sebarang kemalangan berpunca daripada arus elektrik.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan, sebelum banjir, pengguna perlu mematikan bekalan masuk utama ke rumah di papan agihan dengan mengubah suis utama kepada kedudukan off serta memastikan semua suis dimatikan dan palam kuasa peralatan elektrik ditanggalkan.

Simpan kelengkapan elektrik di tempat yang tinggi dan selamat daripada ditenggelami atau terkena air banjir.

Semasa banjir, seberapa boleh elakkan kawasan yang mempunyai talian elektrik terutamanya pada waktu malam di mana tahap penglihatan adalah kurang baik kerana paras air yang tinggi akan menyebabkan talian itu mudah disentuh.

Selain itu, jauhkan diri dari lokasi terdapat talian elektrik yang jatuh atau putus bagi mengelak renjatan elektrik akibat talian yang masih aktif.

Dinasihatikan jangan pegang tiang elektrik atau dawai umbang semasa banjir atau hujan. Dilarang menggunakan tiang elektrik dan dawai umbang sebagai tiang ampaian.

Apabila berada di luar rumah, jangan hampiri pepasangan elektrik seperti pencawang atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air.

Jangan mengalih atau membaiki tiang elektrik tumbang, talian elektrik putus atau jatuh ke tanah, sebaliknya laporkan segera kepada pihak pembekal elektrik untuk tindakan pembaikan.

Selepas banjir, ST menasihatkan orang ramai berhati-hati apabila berada di kawasan yang terdapat kelengkapan dan pepasangan elektrik yang ditenggelami air kerana berpotensi mendatangkan bahaya.

Selain itu, pastikan semua kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air diperiksa dan berada dalam keadaan kering dan baik sebelum digunakan dan elak menggunakan kelengkapan yang diragui keselamatannya.

Sebelum on suis utama, pengguna perlu memeriksa semua pendawaian rumah dan kelengkapan elektrik dan ia hendaklah dilakukan oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan suruhanjaya itu. 

BULBIR SINGH, Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan, Seremban. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.