Pandemik Covid-19 benar-benar menguji nilai dan daya kepemimpinan, seterusnya mampu menyerlahkan sifat sebenar seseorang pemimpin. Gambaran realiti kepimpinan ini lebih jelas lagi akan terlihat dalam kalangan pemimpin politik dan institusi pendidikan seperti universiti. Lebih menariknya dalam mengharungi pandemik ini, krisis yang berlaku boleh dijadikan proses saringan amat berkesan kerana ia akan memperlihatkan kualiti sebenar seorang pemimpin, sama ada sememangnya layak atau jawatan tersebut disandang kerana percaturan politik atau faktor-faktor lain. Pandemik membuktikan kebenaran kata-kata bahawa ujian sebenar seorang pemimpin apabila mereka berhadapan krisis. Bagaimana reaksi dan tindak tanduk mereka ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya