BEBERAPA hari kebelakangan ini terdapat perbincangan hangat berkaitan penamatan darurat khususnya berkaitan fungsi Jawatankuasa Khas Bebas. Kenyataan terbaru dari Majlis Presiden Pakatan Harapan menyebut bahawa wakil mereka dalam jawatankuasa berkenaan berpendapat bahawa darurat yang sedang berkuatkuasa sekarang adalah tidak diperlukan dan perlu ditamatkan. Sebelum itu, satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat telah menghantar surat memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menerima petisyen…










