Risiko jika balik kampung sambut hari raya - Utusan Malaysia

Risiko jika balik kampung sambut hari raya

Kajian dalam talian membabitkan 4,562 responden itu turut menunjukkan 10.4 peratus hanya akan memaafkan si pelaku setelah menerima permohonan maaf. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAHUN lalu kita tidak dibenarkan untuk pulang menyambut hari raya di kampung halaman ekoran kes positif Covid-19 naik secara mendadak.

Dalam usaha kerajaan mengimbangi ekonomi, kehidupan, pendidikan dan kesihatan dengan membuka semula sektor ekonomi dan sosial, didapati banyak kes positif melibatkan tempat kerja. Ini bermaksud virus itu sudah berada atau menjangkiti komuniti tanpa sebarang simptom.

Keadaan ini akan terus merebak sekiranya kerajaan tidak mengehadkan pergerakan orang awam seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seperti kes di Kelantan yang mencatatkan sebanyak 221 kes baharu pada 15 April lalu yang berpunca daripada majlis kenduri dan keramaian.

Inilah masalah yang akan berlaku jika aktiviti rentas negeri dibenarkan. Sudah pasti banyak majlis kenduri dan keramaian akan dianjurkan. Aktiviti bertemu muka, bersalaman, berpelukan dan bersentuhan pasti berlaku walaupun berulang kali dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Di Terengganu pula mencatat kes yang berpunca daripada aktiviti pulang ke kampung dengan pelbagai alasan seperti ziarah ahli keluarga sakit dan majlis pengebumian.

Ya, ia perkara yang mulia dan baik tetapi tidak bermakna kita boleh membiarkan orang ramai dijangikiti virus yang boleh bawa maut ini.

SARFARIZMAL SAAD
Setiausaha Agung
Pertubuhan Aktivis Belia Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.