Raja Perlis dekat di hati rakyat

Raja Perlis dekat di hati rakyat

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail bersama rakyat jelata.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail disifatkan dekat di hati rakyat dengan penduduk di negeri ini sentiasa mudah bersemuka secara langsung dengan baginda.

Dalam masa sama, baginda juga sentiasa bersama rakyat apabila kerap mencemar duli turun padang bagi mengikuti program-program yang dianjurkan di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling berkata, Tuanku Syed Sirajuddin merupakan raja pemerintah yang mudah didekati malah baginda juga sentiasa memenuhi jemputan majlis bersama rakyat.

GAN AY LING

“Rakyat di negeri boleh dikatakan semua pernah berjumpa dengan Tuanku. Ini menunjukkan baginda adalah merupakan seorang pemerintah yang sangat dekat di hati rakyat dan rakyat juga istimewa di hati baginda,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri merangkap ADUN Tambun Tulang, Wan Zikri Afhtar Ishak berkata, Tuanku Syed Sirajuddin sentiasa memberikan input kepada kerajaan negeri demi kebaikan rakyat dan pembangunan di Perlis secara keseluruhan.

WAN ZIKRI AFHTAR ISHAK

Beliau berkata, baginda juga sentiasa menekankan agar pentadbiran kerajaan negeri dapat menjalinkan hubungan baik bersama kerajaan Persekutuan biar pun Perlis merupakan negeri pembangkang demi keutamaan rakyat.

“Baginda amat mementingkan rakyat dalam setiap keputusan dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

ADUN Simpang Empat, Razali Saad pula berkata, Tuanku Syed Sirajuddin amat mementingkan kebajikan rakyat khususnya mereka yang ditimpa musibah atau bencana.

RAZALI SAAD

Katanya, baginda dekat di hati rakyat dan sentiasa cakna dengan keperluan masyarakat di setiap kawasan bagi memastikan tiada mana-mana pihak terpinggir.

“Tuanku sering memberi nasihat untuk kebaikan rakyat dalam memastikan seluruh masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman serta harmoni di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN