SEMALAM 9 Mei 2021, ulang tahun ketiga detik bersejarah Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional. Tetapi tidak lama, hanya 22 bulan pakatan itu menikmati kuasa. Tumbang juga setelah sebuah parti kecil, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu yang mengepalai kerajaan berpaling arah keluar gabungan – membentuk kerjasama dengan parti yang ditumpaskannya, UMNO. Dan Bersatu masih mengepalai kerajaan hari ini, biarpun cakap-cakap berlegar seantero – tiada majoriti di Parlimen. Betapa ajaibnya…










