Pada Disember tahun lalu, Kementerian Kesihatan menjalankan satu kaji selidik untuk mengetahui tahap kesediaan rakyat menerima suntikan vaksin Covid-19. Hasil kaji selidik menunjukkan hanya 67 peratus mereka yang disoal selidik bersedia menerima suntikan. Selebihnya (17 peratus) masih ragu-ragu, manakala 16 peratus langsung tidak setuju. Dalam kalangan 17 peratus yang ragu-ragu itu, lebih 70 peratus terdiri daripada mereka yang merasakan vaksin Covid-19 ‘tidak selamat.’ Persoalannya, setelah lebih tiga bulan berlalu, apakah kesangsian rakyat terhadap vaksin Covid-19 masih wujud lagi? Atau apakah keyakinan terhadapnya meningkat? Menurut Exco Perancangan Strategik, Kempen Vaksinasi, Medical…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya