Kita tiada ganti wartawan sasterawan - Utusan Malaysia

Kita tiada ganti wartawan sasterawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

NEGARA kita kehilangan seorang tokoh wartawan sasterawan pada 30 Mac lalu dengan pemergian Allahyarham Datuk Dr. Mohd. Nordin Abdul Rahman, 83, atau lebih dikenali dengan nama samaran, Atondra.

Beliau adalah sebahagian daripada 33 wartawan Utusan Melayu yang nama mereka tercatat dalam buku Wajah: Biografi Penulis Melayu edisi pertama terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Ramai dalam kelompok itu sudah meninggalkan kita seperti Sasterawan Negara, Kamaluddin Muhamad (Keris Mas) dan Datuk Usman Awang (Tongkat Warrant).

Apa yang membimbangkan saya adalah pemergian individu terbabit tiada pengganti sedangkan wartawan sasterawan berperanan penting untuk mengubah masyarakat.

Jika dahulu wartawan sasterawan seperti Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) terlibat sebagai perancang gerakan kebangsaan hingga mengetuai penubuhan parti politik yang kekal hingga kini, individu sedemikian boleh berperanan mencetuskan gerakan rakyat untuk mewujudkan negara yang lebih baik pada masa sekarang.

Wartawan sasterawan perlu berada di barisan hadapan dan bersuara lantang sebagai pendesak, bukannya berdiri di pinggir jalan yang hanya menjadi penulis berita pendek.

Jika laporan berita terlalu banyak sekatan, maka maklumat yang dilarang ditulis secara terbuka boleh diluahkan dalam bentuk cerpen, puisi dan skrip drama yang menyampai idea secara tersirat yang cukup berkesan untuk mengubah pemikiran masyarakat.

Saya berharap ada pihak menganjurkan kursus untuk melahirkan lebih ramai wartawan sasterawan. Jemputlah beberapa tokoh daripada kelompok 33 wartawan yang masih hidup seperti Sasterawan Negara, A. Samad Said untuk memberi bimbingan.

DEEN SEMAN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya