PADA Ogos 2017, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar kegiatan sebuah kilang haram memproses habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang menimbulkan masalah pencemaran kepada penduduk setempat. Kilang yang dikatakan ‘kebal’ ini beroperasi sejak lebih 10 tahun dan tidak pernah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Maka timbul persoalan, siapa yang membenarkan serta melindungi…










