Elak perpecahan, utamakan ummah - Utusan Malaysia

Elak perpecahan, utamakan ummah

Penyatuan parti Melayu dalam arena politik mampu membentuk kerajaan yang disokong oleh majoriti rakyat dan ahli Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

POLITIK Melayu kini berdepan perpecahan yang semakin parah. Jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat, politik Melayu akan terbahagi kepada empat blok iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan kumpulan yang terasing daripada ketiga-tiga blok tersebut seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Perikatan Demokratik (Muda) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Oleh itu, kerajaan perlu diperkuatkan dengan sokongan ahli Parlimen bagi membolehkan sebarang penggubalan dasar dan polisi hala tuju negara diyakini bukan sahaja oleh rakyat tetapi juga pelabur luar. Ini memaksa kerajaan menyegerakan sebuah pilihan raya umum bagi membentuk semula kerajaan yang disokong oleh majoriti rakyat dan ahli Parlimen. Ini perlu dilihat dengan usaha pemvaksinan yang mampu meminimumkan kes penularan Covid-19 .

Usaha penyegeraan pilihan raya bukan satu tindakan gila kuasa atau kepentingan agenda pihak tertentu, sebaliknya menggambarkan sebuah kerajaan yang kuat dan tidak berlaku perpecahan.

Maka rakyat perlu menerima hakikat, pilihan raya umum adalah kaedah terbaik bagi menyelesaikan segala pertikaian dan permasalahan. Kerajaan yang kuat mampu menyelesaikan isu sosioekonomi, pengangguran, kemerosotan pendapatan rakyat, kemelut hala tuju dan pendidikan.

Kelemahan kerajaan PH yang berpecah memberi impak politik Melayu digariskan mengikut beberapa segmen yang mengakibatkan perpecahan. Antaranya penyokong jentera parti dan akar umbi, penyokong presiden parti, penyokong dalam kalangan profesional, penyokong atas pagar propenyatuan Melayu dan antipenyatuan Melayu, penyokong bebas dan antidemokrasi.

Elemen fitnah dan dendam juga menyebabkan perpecahan dalam parti sehingga masyarakat turut menerima tempias.

Disebabkan orang Melayu begitu selesa dan tidak rasa terancam dengan permainan politik menyebabkan perpecahan serta mengakibatkan kuasa politik Melayu boleh dijual beli dengan wang ringgit. Akibatnya, semakin hari semakin banyak permasalahan isu sosioekonomi dan kehidupan Melayu yang jauh daripada pegangan ajaran Islam.

Selama ini, orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk di negara ini hidup dalam zon selesa dan tidak terancam. Ini berlainan dengan kaum bukan Melayu. Kehidupan sebagai kaum minoriti menyedarkan mereka bahawa kepentingan kelangsungan hidup kaum lebih penting daripada kepentingan diri. Walaupun bergaduh, mereka boleh mencari titik penyelesaian atas nama kepentingan kelangsungan hidup.

DR. ISKANDAR HASAN TAN ABDULLAH
Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya