Hendak mencari pemimpin berkualiti bukan seperti memilih budu. Kalau tersalah pilih budu, boleh campak sahaja dalam bakul sampah. Tetapi kalau salah memilih pemimpin – dapat hampas, di mana pula mahu dicampaknya? Paling tidak pun menunggu lima tahun untuk campak ke luar. Itu pun belum tentu kerana pemain politik ini sekali bertenggek terus berakar. Tidak semudah menukar tayar basikal kerana sekali bertenggek, pandailah mereka ‘buat duit’ untuk perkukuhkan akar. Sekali silap, kesannya akan bawa rakyat merana tujuh keturunan. Ini lebih teruk daripada terlajak perahu yang boleh diundur, tergopoh memangkah dan termakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya