Banyak amalan kita sebelum menularnya pandemik Covid-19 tidak dapat diteruskan kerana keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), iaitu satu set cara atau peraturan yang dikeluarkan sesuatu pihak untuk dituruti satu per satu selain langkah demi langkah bagi menjayakan sesuatu urusan, sama ada perniagaan, kempen, kegiatan dan sebagainya. SOP diwujudkan untuk mencapai kejayaan bagi pelbagai perkara, antaranya keberkesanan, hasilan bermutu dan keseragaman dalam melakukan sesuatu. Pada masa sama, SOP penting untuk…










