Akhir-akhir ini semakin kerap kita melihat polemik yang timbul dalam kalangan ilmuwan dan asatizah berhubung sesuatu isu hingga menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat awam, siapa yang perlu diikuti dalam isu tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan lagi apabila fatwa-fatwa yang telah diputuskan dalam Majlis Fatwa Negeri atau Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak diendah pun oleh segelintir masyarakat. Sebaliknya, mereka mendengar pandangan yang diberikan oleh segelintir ilmuwan atau asatizah pilihan mereka sehingga menimbulkan polemik…










