Modul interaktif bantu pembelajaran dalam talian - Utusan Malaysia

Modul interaktif bantu pembelajaran dalam talian

Sesi rakaman menggunakan skrin hijau untuk kelas dalam talian yang dihasilkan oleh Akademi Malaysia Airlines. – Gambar HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI diketahui umum, pandemik Covid-19 sedang melanda seantero dunia. Malaysia juga tidak terkecuali dengan menyaksikan peningkatan kes secara mendadak menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) dengan harapan kes tersebut dapat dilandaikan semula.

Pandemik ini secara tidak langsung bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi, malah turut menyebabkan segelintir rakyat hilang sumber pendapatan serta menganggu sistem pendidikan negara.

Negara bukan sahaja berhadapan dengan wabak Covid-19, malah sedang berhadapan dengan musibah banjir yang menimpa beberapa negeri seperti Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu dan Perak.

Terbaharu, Kementerian Pendidikan mengesahkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 akan diadakan mengikut jadual. Persoalannya, jika sekolah dibuka semula, adakah calon mempunyai cukup masa iaitu kira-kira sebulan untuk mengulang kaji sebelum peperiksaan bermula?

Ini kerana pelajar telah banyak ketinggalan ketika penutupan sekolah pada tahun lalu.

Walaupun pembelajaran diteruskan secara dalam talian, namun adakah impaknya sama seperti belajar secara bersemuka? Justeru, tempoh sebulan sebelum peperiksaan utama itu menyebabkan pelajar perlu menggunakan sehabis baik masa yang ada untuk mengejar mata pelajaran yang tertinggal dan mengulang kaji pelajaran.

Pada tempoh tersebut, mungkin pelajar tertekan kerana kekangan masa, ditambah pula kerisauan akibat peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Berdasarkan hakikat itu, beberapa tindakan perlu diambil oleh Kementerian Pendidikan termasuk memperkenalkan modul pembelajaran yang lebih interaktif bagi menarik minat pelajar dan memudahkan proses pemahaman sesuatu pelajaran.

Dalam tempoh setahun ini, pelajar dan pendidik juga sudah mahir dengan sesi pembelajaran dalam talian, justeru, langkah terbaik adalah mengekalkan pembelajaran tanpa bersemuka sehingga jumlah kes aktif terkawal.

NURUL MURNI AISHAH JAAFAR
Mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media
Universiti Teknologi Mara

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya